Kelas Rancangan Khas (KRK) bermula pada awalnya sebagai satu alternatif kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum namun gagal mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Hal ini kerana tempat di SBP amat terhad. Keutamaan diberikan kepada murid luar bandar yang serba-serbi. Murid-murid ini ditempatkan di asrama sekolah-sekolah yang menawarkan KRK di negeri Johor pada peringkat awal 16 buah Sekolah Premier yang mempunyai asrama harian telah terpilih termasuk Sekolah Tinggi Kluang dan bilangan sekolah KRK ini terus berkembang sesuai dengan keperluan pelajar.
Sekolah Tinggi Kluang merupakan wadah terbaik bagi para pelajar untuk menimba ilmu seterusnya menempa kejayaan dalam kehidupan.Institusi ini adalah medium bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar,selain daripada melahirkan para intelek,cendiakawan serta barisan pemimpin pada masa hadapan.Sekolah Tinggi Kluang akan maju dan terus maju.
No comments:
Post a Comment