Monday, November 3, 2008

PENCAPAIAN PELAJAR-PELAJAR KRK SEKOLAH TINGGI KLUANG




Pelajar KRK Daerah Kluang turut cemerlang dalam kokurikulum.Pelajar KRK Daerah Kluang yang diwakili oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Tinggi Kluang telah menjadi johan peringkat negeri Johor dalam permainan bowling(perempuan). Dalam karnival KRK 2008 pula,pelajar Sekolah Tinggi Kluang telah merangkul juara dalam pertandingan pidato (lelaki).Dalam permainan bola sepak dan bola jaring,pelajar KRK Daerah Kluang telah mendapat naib johan kumpulan di Karnival KRK. Pelajar Sekolah Tinggi Kluang pula telah berjaya menjadi naib juara peringkat negeri Johor dalam permainan ragbi.Selain itu,pelajar KRK juga telah mengadakan konsert bersama kumpulan dari Amerika Syarikat di Istana Budaya dalam permainan ghazal.Pelajar KRK terus cemerlang apabila menjadi naib juara Jerayawara Sains dan Matematik Negeri Johor.


Pelajar KRK daerah Kluang turut cemerlang di peringkat kebangsaan.Berikut adalah beberapa pencapaian di peringkat kebangsaan.
PERTANDINGAN REKA CIPTA
Johan,Naib johan dan tempat ketiga serta saguhati Anugerah Pereka Muda Malaysia(diwakili Sekolah Tinggi Kluang)
Anugerah Perak Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi KUKTEM.
PENGAKAP
Jambori Pengakap Nasional Indonesia.

Pasukan Pengakap KRK Daerah Kluang turut menjadi johan Pertandingan Kawad Kaki Tongkat Negeri Johor.Selain itu,pelajar KRK Daerah Kluang turut menjadi johan Pertandingan Karaoke Irama Malaysia,naib johan Pidato Bahasa Melayu yang diwakili oleh pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Kluang.Pelajar KRK daerah Kluang dari SMK Bandar t6 pula menjadi johan Choral Speaking peringkat Negeri Johor.

No comments: