Monday, November 3, 2008

Buletin Kelas Rancangan Khas Sekolah Tinggi Kluang




PENCAPAIAN PELAJAR-PELAJAR KRK SEKOLAH TINGGI KLUANG




Pelajar KRK Daerah Kluang turut cemerlang dalam kokurikulum.Pelajar KRK Daerah Kluang yang diwakili oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Tinggi Kluang telah menjadi johan peringkat negeri Johor dalam permainan bowling(perempuan). Dalam karnival KRK 2008 pula,pelajar Sekolah Tinggi Kluang telah merangkul juara dalam pertandingan pidato (lelaki).Dalam permainan bola sepak dan bola jaring,pelajar KRK Daerah Kluang telah mendapat naib johan kumpulan di Karnival KRK. Pelajar Sekolah Tinggi Kluang pula telah berjaya menjadi naib juara peringkat negeri Johor dalam permainan ragbi.Selain itu,pelajar KRK juga telah mengadakan konsert bersama kumpulan dari Amerika Syarikat di Istana Budaya dalam permainan ghazal.Pelajar KRK terus cemerlang apabila menjadi naib juara Jerayawara Sains dan Matematik Negeri Johor.


Pelajar KRK daerah Kluang turut cemerlang di peringkat kebangsaan.Berikut adalah beberapa pencapaian di peringkat kebangsaan.
PERTANDINGAN REKA CIPTA
Johan,Naib johan dan tempat ketiga serta saguhati Anugerah Pereka Muda Malaysia(diwakili Sekolah Tinggi Kluang)
Anugerah Perak Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi KUKTEM.
PENGAKAP
Jambori Pengakap Nasional Indonesia.

Pasukan Pengakap KRK Daerah Kluang turut menjadi johan Pertandingan Kawad Kaki Tongkat Negeri Johor.Selain itu,pelajar KRK Daerah Kluang turut menjadi johan Pertandingan Karaoke Irama Malaysia,naib johan Pidato Bahasa Melayu yang diwakili oleh pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Kluang.Pelajar KRK daerah Kluang dari SMK Bandar t6 pula menjadi johan Choral Speaking peringkat Negeri Johor.

AKTIVITI KRK DAERAH KLUANG 2006-2008

Kejayaan KRK Daerah Kluang adalah hasil usaha yang gigih sama ada daripada pihak sekolah mahupun PPD Kluang.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk para pelajar,bukan sahaja bagi meningkatkan prestasi akademik,malah turut mencungkil potensi pelajar-pelajar ini dalam pelbagai bidang.Antara program tersebut ialah:

1."SAYA KRK"
2."KRK BOLEH"
3.SULUH PERMATA
4.TEKMENSO
5.KARNIVAL KRK
6.KEMBARA KERJAYA
7.JELAJAH ILMU
8.MOTIVASI
9.GIFTED CHILD
10.GEMPUR
11.PROGRAM KECEMERLANGAN KRK
12.ANUGERAH KECEMERLANGAN KRK

TAKWIM 2008 AKTIVITI KELAS RANCANGAN KHAS NEGERI JOHOR

Bil. Tarikh. Aktiviti .Pengelola/Pengetua .Catatan

1. 11 Jan 2008, Penyatuan Analisis Headcount, PKM/JPN ,Bertempat di
Keputusan PMR dan data KRK PPD Muar.
Johor.
2. 15-18 Jan 2008, Mesyuarat Penyelarasan Analisis
PMR sekolah KRK Anjuran KPM, KPM ,Hotel
Legacy,Melaka
3. 27-29 Jan 2008 ,Lawatan Penanda Aras ke Perak
e-online permohonan murid ,KRK JPN/MPPSKRK
4. 29-31 Jan 2008, Mesyuarat Penyelarasan
Pengurusan Akademik
Penganalisian PMR 2007 dan
Konvensyen Kelas Rancangan Khas, KPM ,Hotel Allson Klana
Negeri Sembilan
5. 5 Feb 2008 ,Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Kelas Rancangan Khas
bil 3/2008, SSIJB/JPN, Bertempat di SMK
Sultan Ismail,JB
6. 18 Feb 2008 ,Mesyuarat AJK Kecil Program Kecemerlangan PMR 2008 Murid KRK Johor,SMK Tun Habab/JPN/PKM KT dan JB,Bertempat di SMK Tun Habab,Kota Tinggi.
7. 19 Feb 2008,Mesyuarat Persediaan Program Kecemerlangan KRK,SSI JB/JPN Johor/PKM JB,Bertempat di SMK Sultan ISMAIL,JB.
8. 21 Feb 2008,1)Pemantauan berfokus pada sekolah KRK, 2) Mesyuarat Pengurusan KRK untuk Program Kecemerlangan dan Majlis Anugerah Cemerlang KRK Negeri Johor, JPN/PPD Muar/PKM,Bertempat di 1)SMK Sg Abong,Muar 2)SMK Tun Dr Ismail,Muar, 3)PPD Muar.
9. 25 Feb 2008,1)Pemantauan berkelompok dan berfokus, 2)Mesyuarat Pengurusan Persediaan Program Kecemerlangan dan Anugerah cemerlang KRK Johor bil 4/2008, JPN/PPD KT/PKM, Bertempat di 1)SMK Bandar,Kota Tinggi,2)SMK Laksamana,Kota Tinggi,3)SMK Tun Habab,Kota Tinggi.
10. 3-5 Mac 2008,Mesyuarat Pengurusan Pengetua sekolah KRK Johor,JPN/MPPSKRK/PKM, bertempat di Hotel MITC Melaka,1) Perasmi-Pn Ashah bt Samah : TPP BS 2) SSI, JB-Pembentang kertas kerja-Sekolah KRK terbaik negeri (2007), 3)SMK Dato' Bentara Dalam-Pembentang kertas kerja-Peningkatan lonjakan Saujana.
11. 16 Mac 2008,Majlis Anugerah Cemerlang PMR KRK, Daerah Johor Bahru, Bertempat di SMKA Bandar Penawar
12. 14-16 Mac 2008, Program Kecemerlangan PMR KRK, Daerah Kota Tinggi, Bertempat di SMKA Bandar Penawar.
13. Mac 2008, Lawatan Penanda Aras Murid-murid KRK, Daerah Kluang
14. April 2008, Menyediakan Modul Kecemerlangan KRK, Daerah Mersing
15. April 2008, Kemas kini PORTAL KRK Johor, Daerah Segamat, Dibantu unit ICT JPN Johor
16. April 2008, Kemas kini Headcount KRK Johor, Daerah Kulai
17. Mei 2008, Mesyuarat Pengurusan Guru-guru Penyelaras KRK Johor, Daerah Mersing/JPN/PKM, Bertempat di Rompin Beach Resort-Semua penyelaras KRK-83 orang
18. 23-25 Mei 2008, Kursus Kepimpinan Murid KRK Tingkatan 1 & 2, Daerah Pasir Gudang, Rujuk lampiran untuk tugasan daerah dan subjek
19. Mei 2008, Konvensyen Guru0guru KRK negeri Johor, Daerah Muar/Batu Pahat
20. Jun 2008, Pengeluaran Buku Pengurusan KRK terkini, Daerah Batu Pahat, Berdasarkan Buku Pengurusan Kebangsaan(dalam proses)
21. Julai 2008, Konvensyen dan Majlis Anugerah Cemerlang KRK Peringkat Kebangsaan, KPM, i) En Aminudin bin Md Sani-Pengerusi ii) Pn Hjh Zainab bt Ali-Setiausaha iii) Pn Hjh Fareedah bt Mashor-Bendahari iv) Pn Hjh Kalsom bt Ibrahim-N.Pengerusi v) Pn Halimah bt Ali-Pembentang Kertas Kerja
22. September 2008, Peperiksaan Post Percubaan PMR KRK, Daerah Muar
23. Oktober 2008, Karnival KRK negeri Johor, Daerah Pontian, Perlu diawalkan-PMR telah dilewatkan



SEJARAH SEKOLAH

Kelas Rancangan Khas (KRK) bermula pada awalnya sebagai satu alternatif kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum namun gagal mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Hal ini kerana tempat di SBP amat terhad. Keutamaan diberikan kepada murid luar bandar yang serba-serbi. Murid-murid ini ditempatkan di asrama sekolah-sekolah yang menawarkan KRK di negeri Johor pada peringkat awal 16 buah Sekolah Premier yang mempunyai asrama harian telah terpilih termasuk Sekolah Tinggi Kluang dan bilangan sekolah KRK ini terus berkembang sesuai dengan keperluan pelajar.

Sunday, November 2, 2008

Lagu Sekolah

Sekolah Tinggi Kluang
Yang tercinta
Tabur bakti sentiasa
Bak mutiara gemerlapan
Menyinari gelita

Jasamu tak mudah dilupa
Tetap dihargai semua
Kekal abadi selamanya
Subur di sanubari

Sekolah Tinggi Kluang
Yang tercinta
Majulah seterusnya
Kami berjanji tetap berbakti
Untuk mu dan negara

Maju dan terus maju
Kami tetap bersama
Demi kemajuanmu
Negara Dan Agama
Demi kemajuanmu
Negara Dan Agama

JAWATANKUASA PROGRAM KRK SEKOLAH TINGGI KLUANG


Pengerusi :Tuan Haji Wahid bin Bilaji
Tuan Pengetua Kanan

Timb. Pengerusi :Tuan Haji Baharudin bin Razali
Guru Penolong Kanan 1

Naib Pengerusi 1 :Tuan Haji Sharudin Basri Ibrahim
Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 2 :Encik Quek Suan Goen
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 3 :Encik Ramlan bin Busah
Guru Penolong Kanan Petang

Penyelaras :Puan Habibah bte Adani.

Pen. Penyelaras :Encik Noor Azmyee bin Mohamad

Setiausaha :Encik Mohd. Azan bin Mohd. Nor

Pen. Setiausaha :Puan Noralinah bte Alias

AJK Pengurusan Headcount :
-Puan Nazriah bte Muslimin
-Puan Zaharina bte Mohamat Sani
-Encik A. Halim bin Alias
-Puan Aidah bte Ishak
-Cik Mazrina Ruwaidiyah bte Mohamad

AJK Informasi & Program :
-Encik Zamri bin Rohani
-Puan Presanna Kumari KG Nair
-Puan Siti Hawa Mahmud
-Puan Jamilah bte Adam
-Encik Abdul Halim bin Alias
AJK Karnival Sukan :
-Encik Ibrahim bin Yusof
-Cik Juanita Primrose M Pillai
-Encik Nor Haslan Nor Azman
-Puan Rahizah bte Ismail